Guillermo del Toro's Pinocchio
Guillermo del Toro's Pinocchio

Guillermo del Toro's Pinocchio

Pinocchio karya Guillermo del Toro (atau ringkasnya Pinocchio ) ialah filem animasi fantasi gelap muzikal gerak henti 2022 yang diarahkan oleh Guillermo del Toro dan Mark Gustafson, dengan lakon layar oleh del Toro dan Patrick McHale daripada cerita oleh del Toro dan Matthew Robbins. [7] Berdasarkan novel Itali 1883 Pengembaraan Pinocchio oleh Carlo Collodi malah sangat dipengaruhi oleh ilustrasi Gris Grimly untuk edisi 2002 novel tersebut, filem ini mengolah semula kisah Pinocchio si boneka kayu yang hidup sebagai anak kepada pengukirnya Geppetto. Ia adalah "kisah kasih sayang bercampur pemberontakan di mana Pinocchio berusaha membahagiakan bapanya dan mempelajari erti kehidupan sebenar, berlatarkan negara Fasis Itali pada tempoh antara perang dan Perang Dunia II.[8] Filem ini disuarakan oleh Gregory Mann dan David Bradley, masing-masing sebagai Pinocchio dan Geppetto, bersama Ewan McGregor, Burn Gorman, Ron Perlman, John Turturro, Finn Wolfhard, Cate Blanchett, Tim Blake Nelson, Christoph Waltz, dan Tilda Swinton.Filem ini merupakan projek kesayangan lama del Toro yang menganggap bahawa tiada watak lain pernah "mempunyai hubungan peribadi yang mendalam dengan [dia]" seperti Pinocchio, mula-mula diumumkan pada 2008 dengan menyasarkan tayangan dalam tahun 2013 atau 2014. Walau bagaimanapun, penerbitannya sering tergendala. Pada Januari 2017, diumumkan bahawa McHale iaitu pencipta Over the Garden Wall akan menulis lakon layar bersama, tetapi produksi tergantung pada November 2017 kerana tiada studio yang sanggup memberikan pembiayaan. Projek dihidupkan semula pada tahun berikutnya setelah hak tayangan dibeli oleh Netflix. Filem ini ditujukan khas kepada mendiang ibu bapa del Toro.Pinocchio ditayangkan di Festival Filem London BFI pada 15 Oktober 2022. Ia dikeluarkan di pawagam terpilih pada 9 November 2022, dan mula disiarkan di Netflix pada 9 Disember. Filem ini disambut baik oleh para pengulas filem dari segi animasi, visual, muzik, cerita, berat emosi dan lakonan suara. Ia menerima banyak anugerah, termasuk memenangi Anugerah Akademi untuk Filem Animasi Cetera Terbaik;[9] dan tiga pencalonan di Anugerah Golden Globe ke-80, memenangi Filem Animasi Cetera Terbaik.[10] Del Toro merupakan tokoh keturunan Amerika Latin pertama yang memenangi kategori Golden Globe tersebut, manakala Pinocchio menjadi filem penstriman pertama yang menang di kedua-dua majlis, dan juga filem animasi gerak henti kedua selepas Wallace & Gromit: The Curse of the Were-Rabbit.[11]Di Itali semasa Perang Dunia II, dua puluh tahun selepas kehilangan anaknya Carlo akibat serangan udara, tukang kayu Geppetto yang meradang dalam kemabukan menebang pokok pain dan menggunakannya untuk mencipta boneka kayu. Boneka itu diberi nyawa oleh Semangat Kayu dan diberi nama Pinocchio. Semangat Kayu menugaskan Sebastian J. Cricket untuk membimbingnya sebagai hati nuraninya, dengan menjanjikan tunaian hajat sebagai balasan.Kebangkitan dan telatah Pinocchio sebagai boneka bernyawa cukup merimaskan Geppetto sehingga Podestà (penghulu kampung) mengarahkan Geppetto menghantar Pinocchio ke sekolah. Dalam perjalanan ke sekolah, Pinocchio dihampiri oleh ketua sarkas Count Volpe dan monyetnya Spazzatura yang membawa Pinocchio ke sarkas mereka. Geppetto tiba untuk menuntut semula Pinocchio, maka terjadinya pertelagahan antara dia dan Volpe yang berakhir dengan Pinocchio maut dilanggar trak. Di dunia akhirat, Pinocchio bertemu dengan saudari Semangat Kayu, Dewi Maut yang menjelaskan bahawa Pinocchio hidup abadi dan mengembalikannya ke alam fana apabila jam pasir kosong, tetapi dengan amaran bahawa semakin kerap dia mati, semakin banyak masa yang akan dihabiskannya di akhirat.Selepas kembali ke alam fana, Pinocchio bercadang untuk mencari nafkah untuk Geppetto dengan menyertai sarkas serta mengelak daripada dikerah ke dalam tentera oleh Podestà. Spazzatura yang cemburu cuba merebut semula gelaran bintang sarkas mendedahkan kepada Pinocchio bahawa Volpe menipunya tentang wang yang dijanjikan untuk dihantar kepada bapanya. Volpe terdengar lalu membelasah Spazzatura dengan kejam, membuat Pinocchio kesal. Untuk mensabotaj Volpe, Pinocchio mempersembahkan lagu yang mempersendakan Benito Mussolini yang hadir di pertunjukan; sebagai balasan, Mussolini menyuruh Pinocchio dihukum mati dan sarkas dibakar. Pinocchio dihidupkan semula dan dibawa oleh Podestà ke kem latihan, di mana budak-budak lelaki dilatih untuk berperang.Pinocchio berkawan dengan anak lelaki Podestà, Candlewick yang khuatir akan mengecewakan bapanya. Selepas permainan latihan antara dua pasukan yang masing-masing diketuai oleh Pinocchio dan Candlewick berakhir dengan seri, Podestà mengarahkan Candlewick untuk menembak Pinocchio; Candlewick enggan dan menentang bapanya. Kem latihan kemudiannya dibedil oleh pesawat pihak Berikat, menyebabkan Podestà terkorban manakala Candlewick dan budak-budak lain melarikan diri. Pinocchio ditangkap oleh Volpe, yang cuba membakarnya hingga mati sebagai pembalasan kerana merosakkan kerjayanya. Spazzatura datang menyelamatkan Pinocchio, maka ia berkelahi dengan Volpe sehingga Volpe terjatuh dari tebing tepi laut dan mati.Pinocchio dan Spazzatura sesat di tengah laut dan ditelan oleh ikan raksasa. Di dalam perut raksasa itu, mereka bertemu dengan Geppetto dan Sebastian yang turut ditelan semasa keluar mencari Pinocchio. Berkat idea oleh Sebastian, Pinocchio berbohong untuk menjadikan hidungnya tumbuh menjadi dahan besar, sekali gus membentuk jambatan yang menuju keluar dari lubang sembur raksasa. Ketika mereka semua melarikan diri sambil dikejar oleh raksasa, Pinocchio mengorbankan dirinya dengan meletupkan periuk api laut di dalam raksasa. Pinocchio bertemu dengan Dewi Maut sekali lagi dan menggesanya untuk dihantar pulang awal untuk menyelamatkan Geppetto daripada lemas. Dewi Maut memberi amaran bahawa tindakan itu akan menyebabkan dia hilang keabadiannya, tetapi Pinocchio memecahkan jam pasir untuk kembali, dan akhirnya lemas semasa menyelamatkan bapanya. Semangat Kayu muncul semula di hadapan Geppetto yang meratap, manakala Sebastian melafazkan hajat untuk menghidupkan semula Pinocchio.Pinocchio pulang bersama bapanya, Sebastian dan Spazzatura untuk tinggal bersama sebagai sebuah keluarga. Setelah hidup lebih lama daripada semua orang tersayangnya, Pinocchio pergi mengembara ke seluruh dunia.

Guillermo del Toro's Pinocchio

Bahasa Inggeris
Cerita oleh
Berdasarkan The Adventures of Pinocchio oleh
Carlo Collodi
Illustrasi oleh
Gris Grimly
Disunting oleh
Muzik oleh Alexandre Desplat[1]
Pengarah
Dihasilkan oleh
Pecah panggung $108,967[6]
Syarikatpenerbitan
Lakon layar
Sinematografi Frank Passingham
Bajet $35 juta[5]
Tarikh tayangan
  • 15 Oktober 2022 (2022-10-15) (BFI)
  • 9 November 2022 (2022-11-09) (Amerika Syarikat)
  • 9 Disember 2022 (2022-12-09) (Netflix)
Masa tayangan 117 minit[3]
Negara
  • Amerika Syarikat
  • Mexico[4]
Dibintangi
Diedarkan oleh Netflix

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Guillermo del Toro's Pinocchio https://www.boxofficemojo.com/title/tt1488589/?ref... https://deadline.com/wp-content/uploads/2022/12/Gu... https://www.imdb.com/title/tt1488589/ https://www.indiewire.com/2017/08/guillermo-del-to... https://mexiconewsdaily.com/news/new-pinocchio-fil... https://www.netflix.com/title/80218455 https://www.netflix.com/tudum/articles/guillermo-d... https://netflixqueue.com/guillermo-del-toro-pinocc... https://twitter.com/NetflixFilm/status/12961112542... https://www.vanityfair.com/hollywood/2022/06/guill...